Oct 3, 2011

BABY CINTAKAN ABANG SELAMANYA

“Bodoh!!!tak paham bahasa!!!!” Maki Fariz kepada Alya. Dia terus memaki hamun alya tanpa menghiraukan keadaan alya yang sedang menangis. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah bakal suaminya. Bakal suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada bakal suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai, dianggap bodoh dan hanya menyusahkan hidup bagi bakal suaminya.

Walaupun Fariz sering memaki hamunnya, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Hello Encik Fariz, sila ke bahagian kecemasan hospital dengan segera. Tunang encik dalam keadaan kritikal. Kereta yang dipandu Cik Alya remuk teruk dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan”

Sampai di hospital semua ahli keluarag telah tiba. Wajah mereka kelihatan sungul dan resah . Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Alya menerjah ke dalam kotak fikirannya. Alya dipukul, ditolak, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup mengeluarkan kata-kata kesat tanpa sedikt pun hati alya dijaga.

Fariz melangkah masuk ke rumah sewanya. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret ulangtahun ke 2 bersama Alya di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Alya disisinya kembali.

Gambar bersama yang dihadiahkan oleh Alya yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama tunangnya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan BABY CINTAKAN ABANG SELAMANYA membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.

Dia ternampak sebuah cd yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek cd tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Alya yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali baby minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum baby sepanjang baby hidup bersama dengan abang. Baby tahu, Baby bukanlah bakal isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi.

Baby tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Baby akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Baby dengan buruk seperti kain buruk tapi Baby maafkan segala kesilapan abang sebab Baby tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.

Hanya ini satu-satunya permintaan Baby dengan abang. Baby harap abang cari lah penganti yang sempurna dimata dan dihati abang nanti dengan sebaiknya andainya Baby pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Baby telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..

Sekali lagi Baby mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Baby selama ini. Maafkan Baby andai Baby pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Baby dengan abang. Jaga diri dengan baik.. Maafkan Baby...”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menangis terharu dengan kata-kata terakhir yang Alya ucapkan. Dia tidak menyangka bakal isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku...dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah...terlalu tabah...aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, ALYA.

No comments:

Post a Comment