Feb 25, 2010

seribu burung kertas

Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusanhatinya.Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrahke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Gir memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.Selang beberapa tahun…Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl.Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak dihatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan.

Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yangdirinduinya.Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi keParis, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu harinanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan,mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.“Hatiku tidak pernah menyesal,Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,1000 ketulusan hatiku,Berterbangan di dalam anginMenginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,Melewati sungai perak,Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?Aku tidak takut berapa pun jauhnya,Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamuMasa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,Menambah kerinduan di hatiku.Bagaimanapun dicari,Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.

Feb 22, 2010

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di
pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”
(Riwayat Anas Bin Malik)

Di sini, aku akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing
pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing.
Jika anda sebagai bf mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan
daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan
perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan
menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya gf anda yang mempunyai
kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan
dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula,
anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan
keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan
ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti,
dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh,gf anda bermesra-mesra
dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya
salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia.
Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada gf anda untuk menjauhi
anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’,
gf anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan
antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti
tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah
akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin
tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan
menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga gf anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan
panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih
sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan
dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan
kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda
akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu
serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja,
gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan
masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan
ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah
engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan– Hal ini kerana
tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama
sendiri.

11. Dengar luahan gf – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh gf
anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan mmber – Dengan bergaduh di hadapan mmber, anda hanya
akan membuatkan mmber keliru dan mengadili sama ada anda atau gf anda yang
berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku
jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda berdua.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal
berbanding dengan gf anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari
gf anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri,
jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya
menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk
menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak
menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa
tindakan anda sebenarnya betul.
16. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan gf, anda turut
perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda,
belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

17.Kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan.
Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara
seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan
anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih
hebat.

Feb 11, 2010

cara-cara mengetahui bf kte syg ngn kte....

1. Gunakan seluruh pancaindera
  • Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
    Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
  • Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
    Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
  • Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
    Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
  • Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
    Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
    Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
  • Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
    Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
    Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
  • Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
    Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
    Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
  • Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
    Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
    Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
    Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
  • Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
    Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
    Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
    Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
  • Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
    Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
    Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
    Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
  • Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
    Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
    Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
  • Mimpi
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
    Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
    Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
*besh tgk 0wg kawen & bhgia kn...*

Feb 8, 2010

sudey cuti....

salam..
hye suma...
aku dh cuti sem dh...
he3....
dh abh sem 5 kn...
jap je....
hu3...
next sem dh sem pndek....
pas2 dh prktikal....
yah0o0o0o0....
erm.....
skang nk rest sckupnye gnti blk yg xckup b4 exam ritu...hak3...
jht t0i...
mish my syg la plk....
he3...
xpe2...
dkt je kn...
bla2 bleh jmp....penang je k0wt....
aku kt sbrang...
s0 dlm msa xsmp 30 mnt dh smp...
leh jmp lps rndu...
he3....
erm...
n0thing m0re k0wt...
da pe2 nnti aku st0ry lg k....
luv u all k....
muax2...
tc tau....
salam...

Feb 3, 2010

exam week....

(thnx syg...cdap pluk teddy bear neyh...abg bg smpena nk final exam neyh...bg smngat la...hik3...pe2p0wn thnx tau..)
*nnti bli lg yg bes02...skang bru da 2...he3....juz kidding....*


(NURASHIKIN CINTAKAN ABDUL MALEK FAISAL )


(The Store Tepeng...xtau nk g ane smntra tgu nk msk exam blk)


(time lps lunch n tgu next punye paper)



*exam final sem 5...
*besh la dh nk abh*
very bz...
sowi...
*thnx my syg...
*abdul malek faisal*

always support me all the time...
i luv u forever....
thnx 4 everything syg...
*bb syg abg sgt
*syg gle2 kt abg tau*