Feb 22, 2010

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di
pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”
(Riwayat Anas Bin Malik)

Di sini, aku akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing
pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing.
Jika anda sebagai bf mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan
daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan
perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan
menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya gf anda yang mempunyai
kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan
dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula,
anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan
keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan
ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti,
dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh,gf anda bermesra-mesra
dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya
salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia.
Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada gf anda untuk menjauhi
anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’,
gf anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan
antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti
tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah
akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin
tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan
menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga gf anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan
panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih
sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan
dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan
kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda
akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu
serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja,
gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan
masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan
ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah
engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan– Hal ini kerana
tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama
sendiri.

11. Dengar luahan gf – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh gf
anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan mmber – Dengan bergaduh di hadapan mmber, anda hanya
akan membuatkan mmber keliru dan mengadili sama ada anda atau gf anda yang
berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku
jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda berdua.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal
berbanding dengan gf anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari
gf anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri,
jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya
menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk
menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak
menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa
tindakan anda sebenarnya betul.
16. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan gf, anda turut
perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda,
belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

17.Kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan.
Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara
seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan
anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih
hebat.

No comments:

Post a Comment