Jul 27, 2011

PMS

Salam..
arini kta cta2 psai PMS ok...
bg gegurl mest tau kn PMS 2 pe...
bg bob0y..
perlu gak tau..
tuk adik ke...gf ke...nnt dh da wife or kowg dpt anak gurl!
ok!

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

•Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
•Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
•Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
•Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
•Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.

PMS dan Penyebabnya:

•Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
•Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
•Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
•Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.

so next post kta blaja psai cra mengurangkan PMS n perlu ta jmp doktor klu ta thn sgt2....=)
bbye!
salam!

SOURCE: http://www.kotex.com.my/

2 comments:

  1. http://www.loveydoveydoo.com/2011/07/salah-faham-typical-tentang-pms.html

    yang mana satu betul??
    klu dari otak perkampungan aku, aku sokong ekin ;)
    klu buku sains darjah 3 mesti ikut lovey.. hehe jgn mara ar..

    ReplyDelete
  2. ha3...tapela....ekin ta mrh pown..msg2 da pndapat msg2 kn2????he3...chill!!

    ReplyDelete