Jul 20, 2011

BERTAHAN atau BERUNDUR

Salam...2nd post tuk rini..wah2...tade keja ke ha?hu3..da..tp mls nk uat..he3..truk bt0i!ok2..td blogwalking...then jmp la blog kakak neyh...info n tajuk dya sgt menarik...so igt nk share ngn k0wg...pada empunya blog..sowi akk..sy ta mntk izin dlu..tp akk ta mrh kn..=)
"sharing is caring"

Bertahan atau berundur. Dalam sesebuah perhubungan tu, baik hubungan suami isteri or even hubungan kekasih. Takkan lepas punya daripada masalah. Kan? Saya rasa korang semua sure setuju dengan apa yang saya katakan tu kan? Perkara biasa babe. Kalau tak gaduh, tak adalah masam-masam manis hubungan tu!hahaha

Ok fine. Masalah tu something yang normal. Kalau kita pandai handle masalah tu, so InsyaAllah masalah tu bukan 1 masalah pun tapi kita boleh anggap dia as “cabaran” dalam hubungan kita. Kan? Ok apa, sesekali ada cabaran. hehehe.

Tapi, itulah. Itupun kalau kita ni someone yang pandai handle masalah. Tapi, ingat eh. Bukan semua orang ada bakat terserlah merlah macam ni.hahaha! Iyalah, lain orang. Lain cara dia handle masalah. Lain otak, lain cara dia berfikir bila berdepan dengan satu-satu masalah tu. Kita semua berbeza sana sini ok!

So, katakanlah. Kita dan pasangan tengah bahagia. Tiba-tiba saja ada masalah yang entah dari mana datang. Mula-mula masalah tu kecil saja. Masing-masing boleh bersabar. Tapi, makin lama makin teruk. Makin dibiarkan, makin hangat jadinya masalah tuh.

Cam mana tu? Lagi-lagi pulak, bila at one time masing-masing dah perasan yang masalah tu memang tak boleh nak selesai. Or, maybe boleh selesai tapi memerlukan salah satu pihak mengalah. Bila dah kata mengalah, maksudnya akan ada 1 pihak yang kalah tanpa rela. Kan?

Sekarang. Saya nak tanyalah kan pada korang. Kalau korang yang berada dalam situasi macam ni,apa korang akan buat? Ada masalah, cuba selesaikan dan sampai 1 peringkat korang sedar dah tak boleh nak buat apa. Jadi, apa korang nak buat waktu tu?

Bertahan atau berundur daripada perhubungan tu?

Simple question but for me ramai je yang sakit hati dengan soalan ni kan?hahaha! Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi macam ni. Kita sayang perhubungan kita. Kita nak yang terbaik. Ada masalah, sebolehnya mahu selesaikan dengan cara baik dengan harapan semuanya ok semula. Tapi, last-last baru sedar yang masalah kita tu takkan selesai. So,sudahnya kita dalam dilema.

“Aku nak bertahan dengan masalah ni demi sayangkan si dia atau lebih baik aku beranikan diri berundur saja?”

Hah! Macam mana tuh? Korang pernah tak alami situasi macam ni? Dilema ok. Saya tak tahu orang lain. Tapi, kalau saya perkara macam ni bukan suatu yang mudah sebab kita bermain dengan perasaan dan hati kan? Tapi, apa-apa pun kena fahamlah.


Kita duduk dalam dunia realiti bukan macam cinta fantasi dalam mimpi. Sebarang keputusan kita buat, tak boleh nak patah balik. Once dah buat keputusan, kena bersedialah terima kesudahannya, Kan? Bak kata bahasa kita. Pandai buat,pandailah tanggung!

Susah jugak kan? So, korang macam mana ek? Macam mana korang deal bila ada problem. Takkan nak mengalah all the time?Hmm..

SOURCE:http://www.lizarazak.com/

No comments:

Post a Comment