Mar 3, 2014

Hukum Merokok Dalam Islam


Antara petikan-petikan yang dikatakan oleh ustaz di majlis agama, untuk perkongsian 


  • "bila kita sedut, yang ni dalam fatwa hukumnya HARAM.! bila tuan-tuan sedut, dia masuk dalam paru-paru tuan-tuan.. benda haram bercampur dengan darah, darah kisar jadi air mani yang seterusnya jadi anak.. anak itu terbina drpa benda yang HARAM.. maaf, ini fakta.. tuan-tuan boleh rujuk..jaga tuan-tuan, dia nampak kecik, tapi dia main peranan besar.." -Ustaz Don Daniyal..

  • "siapa yang hisap rokok, doanya tidak didengari disisi Allah.. dia berdoa Allah tak dengar.. mcm mn Allah nak dengar doanya sedangkan di mulutnya ada benda yg HARAM..! bagaimana Allah nak makbulkan doanya.." -Ustaz Ahmad Dusuki..

  • "menurut fatwa terkini oleh lebih 400 ulama' , mereka mengatakan merokok itu HARAM berdasarkan ayat Quran... Jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda.." -Dr. Zakir Naik..

  • "tidak perlu kita bimbang dan ragu bahawa merokok hukumnya HARAM..tidakkah tugas para ulama' sebagai waris para nabi untuk menyebarkan yg positif dan kebaikan.?? bukan untuk mempercepatkan kematian ummat..!" - Sheikh Nuruddin


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.



P/S: Bagi yang menghisap rokok terlebih dahulu saya ingin meminta maaf, sekiranya anda terasa dengan porkongsian ini, bagi saya senang saja, allah kurniakan kita akal & fikiran untuk berfikir, bagaimana untuk kita gunakan itu terpulang kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya selera, masalah sekarang benda HARAM tapi kita masih nak? :P

 

No comments:

Post a Comment