HE3...
THNX PD SUMA YG IGT N WISH...
PD FMILY N YG TERSYG...
THNX SUMA...
SYG K0WG SGT2...
Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.
Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang pertama oleh Y.B Dato' Rais Yatim. Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah dibuat pada 1 Jun 1983. Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga yang pertama diadakan pada 21 Julai 1983. Kawasan PERDA seterusnya dipersetujui diwartakan pada 21 Oktober 1988 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983.
Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)